Friday, 15 April 2011

Guru Oh! Guru

Guru hari ini tidak sama dengan guru masa lalu
Guru hari ini berkira-kira nak berbakti
Nak jadi guru di bandar dan pekan
Bila dapat posting nak sekolah tepi rumah
Di pendalaman tak mahu pergi
Guru hari ini banyak merungut dan mengeluh
Kerja lebih masa berkrusus di masa cuti tak mahu pergi
Guru dulu kemana sahaja dihantar kena pergi
Tak berani nak komplen dan merungut
Keluar maktab terus ke Jeli,Gua Musang, Pedalaman Sarawak dan Sabah
Dihantar berbakti tak pernah mungkiri
Pengalaman yang tak boleh dibeli
Menjadikan kami guru lama kental hadapi cabaran
Menjadikan  kami manusia yang tak takut berhijrah
Tapi guru hari ini bila dapat surat penempatan
Kalau jauh dari rumah Jabatan Pelajaran mereka serbu
Pegawai bertugas ditengking dan diasak
Nak mengajar sekolah dekat dengan rumah
Kalau macam ni buatlah sekolah sendiri
Wahai guru-guru hari ini contohi lah
Semangat guru-guru lampau yang tak pilih dimana berkhidmat
Tabur lah ilmu di dada ke seluruh pelusuk bumi Malaysia ini.....

1 comment: