Wednesday 9 January 2013

Assalamualaikum, sudah sekian lama tidak menjengah laman ini, mamajune masih lagi bertugas di tempat yang sama. Tiba2 teringat hendak mencoret kata-kata dilaman yang lama ditinggalkan usang.

Hobi mama sekarang menonton Drama Korea kat maadu.com dan lain-lain cannel. Aduh syiknya kalau melayan drama korea sampai tak ingat nak makan. Tapi puas dgn cerita2nya.

Mmmm rasanya cukup buat kali ini.

Wednesday 22 June 2011

Jangan Marah

MENGATASI MARAH
"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]

HURAIAN
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Tuesday 21 June 2011

Salam Untuk Semua Sahabt ku Yang jauh dan dekat

Its been a long time I didn"t visit this site. Kesibukan di pejabat and housekeeping make me short of time. Ant way everything has to go on as He wish, may He bless us. Love ourselves more than we love others, so that we won"t let anybody hurt us. Please do care about what we are saying so that it won"t hurt anyone. Do not raise our voice until it springing into others ears. People will look up on us  if our approach is politely sincere from deep of our heart. People will look down on us if we are so emotionally crazy trying to prove something that is not right and cannot accept criticism from others. Be an open minded person, criticism can make us be a better person in our career. When u are angry please have  a seat  and take a deep breaths and control your ego. Sometimes we are driven by an ego inside, Beristighfarlah banyak-banyak supaya mendapat keampunan dari Allah swt. Astaghfirrulah hal'azim........

Friday 6 May 2011

Nilai-Nilai Bitara Guru

Nilai-Nilai Bitara

NILAI BITARA
PETUNJUK BITARA
BERINTEGRITI
Amanah
Telus
Akauntabiliti
Adil
PROFESIONAL
Iltizam
Cinta Ilmu
Kompeten
Beretika
SEMANGAT BERPASUKAN
Muafakat
Fokus Matlamat
Hormat-menghormati
Bangga UPSI
BERORIENTASIKAN
PELANGGAN
Responsif
Proaktif
Mesra
Berkualiti
PERIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
Empati
Penghargaan
Keselesaan Persekitaran
Peluang Untuk maju
KREATIF DAN INOVATIF
Penambahbaikan Berterusan
Nilai Tambah
Rebut Peluang
Berdaya Cipta


Wednesday 27 April 2011

Otak Yang Sihat

Hari ini mama belajar sesuatu yg baru
Semasa Kuliah Dr.Mustaffa Kassim (Kualiti Dan Pengurusan Pendidikan).Mama seronok nak share the knowledge dengan anak2 mama.


- Otak tak suka kafen dalam kopi, teh dan koko

-kopi, teh dan koko hanya memberi stimulasi kepada urat saraf bukan kepada otak

-Seorang pelajar perlu tenaga yang tinggi semasa belajar

-Otak perlu oksigen yang mencukupi semasa belajar

-Air mineral/zam-zam paling bagus untuk otak, susu bagus kerana mengandungi zat mencukupi untuk tubuh badan

-makanan yang mengandungi kaborhidrat, gula, mineral dan protin perlu dalam memberi tenaga semasa belajar

-ubi keledek dan ubi keladi mempunyai zat di atas yg tinggi boleh memberi tenaga kepada pelajar untuk belajar

- bayi seelok-eloknya ditiarapkan semasa tidur supaya tulang belakang mereka menjadi kuat

-gula-gula boleh memberi tenaga secara direct so semasa belajar eloklah membawa gula-gula kalau mengantuk bolehlah makan dan minum air mineral . Tak salah pelajar minum semasa belajar.

-seorang pelajar perlu 1.3 bilion tenaga untuk semua deria semasa belajar

-tidak hairan lah jika anak2 perlu makan yang secukupnya kerana otak perlu tenaga yang banyak semasa proses pembelajaran.

Sunday 24 April 2011

Ingatlah wahai! Semua Muslimah







 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman: Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali apa yang biasa nampak daripadanya, dan hendaklah mereka tutupkan tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau anak mereka atau anak suami mereka atau saudara mereka atau anak saudara lelaki mereka atau anak saudara perempuan mereka atau perempuan Muslimat atau hamba sahayanya atau pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (syahwat) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti mengenai aurat perempuan. Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kaki supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”. (Surah An-Nur ayat 31)


Ayat ini menegaskan empat hal :
a. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
b. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
c. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
d. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang berarti kain penutup kepala. Atau dalam bahasa kita disebut jilbab.

Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Tuesday 19 April 2011

Orang Kecil Orang Besar


Orang Kecil jika ikhlas
diperas
Jika diam
ditikam
Jika protes
dikentas
Jika usil
dibedil

Orang Kecil jika hidup
dipersoalkan
Jika mati
tak dipersoalkan
Lebih baik jadilah orang besar
Baginya selalu besar

Orang Besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan

Orang besar boleh bicara semuanya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja
Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurang ajar
Orang besar kurangajar dikata berani
Orang kecil memperkatakan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar